Wednesday, June 30, 2010


 

KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI.


Kami menawarkan sebuah homestay di Seri Iskandar pada harga yang murah tetapi selesa. Anda akan terpegun dengan keselesaan homestay yang kami sediakan. Dalaman homestay yang luas dan kelengkapan yang disediakan untuk memaksimakan keselesaan anda. Anda akan terpanggil untuk datang lagi hanya kerana layanan dan keselesaan yang kami sediakan. Terletak di No. 5A, Jalan PP6, Seri Iskandar, Perak, Malaysia. Berhampiran dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar. Kemudahan yang disediakan:

  1. Kemudahan membancuh air.
  2. Ruang tamu yang selesa.
  3. Ruang makan yang selesa.
  4. Bilik berhawa dingin / berkipas.
  5. T.V.


LOKASI KAMI.




Berhampiran dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, terletak hanya 3 kilometer dari U-City Homestay. Homestay kami sentiasa menjadi pilihan ketika pendaftaran dan konvokesyen di UiTM Seri Iskandar. Menjadi pilihan bukan hanya kerana dekat tetapi juga kerana keselesaan dan harganya yang berpatutan. 
Universiti Teknoligi Petronas (UTP), Seri Iskandar,  terletak hanya 2 kilometer dari U-City Homestay. Homestay kami sentiasa menjadi pilihan keluarga pelajar UTP baik dari dalam atau luar negara untuk menginap. Keselesaan dan harga yang murah menjadi tarikan utama mereka. Mereka yang pernah menginap akan datang lagi kerana moto kami "KESELESAAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI".


Hanya lima minit berjalan kaki terletak pusat membeli belah TESCO. Sesuai untuk mereka yang suka membeli-belah. Dengan hanya 5 minit memandu, anda akan sampai ke pusat membeli belah BILLION dan Seri Iskandar Wholesale City (SIWC). Satu pusat borong yang menawarkan berbagai barangan yang boleh dibeli pada harga borong. Boleh dianggap sebagai syurga bagi mereka yang gemar membeli-belah.





Homestay kami dikelilingi dengan restoran yang menyediakan berbagai hidangan dari masakan Melayu, Thai, Mamak, Barat dan Timur Tengah. Pasti tidak menghadapi masalah untuk makan dan menjimatkan masa untuk memasak. Apa yang anda perlu sediakan hanyalah wang yang mencukupi.








Terletak lebih kurang 1 kilometer, sebuah tasek dengan pemandangan indah. Anda akan terpegun menyaksikan panorama matahari terbenam. Pasti menenangkan fikiran.






Terdapat se buah pasar malam yang beroperasi setiap hari Rabu bermula pukul 5.00 petang hingga 11 malam. Berbagai barangan dan makanan boleh diperolehi pada harga yang berpatutan. Tentu menyeronokkan. Terletak hanya di luar homestay. Anda boleh melihat berbagai ragam manusia tawar-menawar barangan yang diminati.







PETA LOKASI. (Klik sini).

KOORDINAT GPS.
Latitude: 4.363871
Longitude: 100.978360

KLIK di bawah untuk harga kami

BILIK DELUXE (ROOMSTAY).
BILIK SUPERIOR (ROOMSTAY).
BILIK STANDARD (ROOMSTAY).

HOMESTAY SPECIAL OFFER.

KLIK PADA LOGO DI BAWAH.